M@LiK

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia


Keterangan

Aplikasi ini hanya digunakan oleh warga Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk akses kepada Sistem Perpustakaan Digital Kehakiman dan Repositori Digital Kehakiman dengan menggunakan peranti mudah alih.

Warga PKPMP perlu menggunakan login masing-masing untuk akses kepada sistem tersebut. Sila hubungi kepada pihak BTM atau pihak Perpustakaan sekiranya perlu bantuan dan khidmat nasihat semasa menggunakan Aplikasi ini.

Sistem Perpustakaan Digital Kehakiman menyediakan capaian kepada semua judul buku bercetak yang terdapat di Perpustkaan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sistem Perpustakaan ini digunakan oleh semua Perpustakaan Kehakiman seleruh Malaysia. Jika anda memerlukan maklumat lanjut sila hubungi pihak Perpustakaan.

Warga PKPMP boleh menggunakan Aplikasi ini untuk membuat pencarian buku di Perpustakaan Mahkamah di seluruh Malaysia. Pengguna juga boleh membuat tempahan buku dan menyemak sejarah pinjaman bahan bacaan dengan menggunakan Aplikasi ini.

Selain daripada itu, Aplikasi ini juga memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari maklumat dan bahan dalam bentuk digital melalui Repositori Digital Kehakiman (ReDiK). Kandungan digital sistem ini ditambah dan dibangunkan daripada masa ke semasa oleh Perpustakaan. Pengguna boleh memohon salinan bahan digital yang berkaitan dengan menggunakan Aplikasi ini.

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa