GAMMA adalah sebuah gudang atau galeri aplikasi mudah alih perkhidmatan kerajaan yang berinovatif, selamat, dipercayai dan sahih. Kerajaan telah memperkenalkan GAMMA, sebuah galeri berpusat dan sahih untuk memudahkan rakyat Malaysia memuat turun aplikasi yang diperlukan untuk urusan berkaitan kerajaan. Semua aplikasi mudah alih Kerajaan yang dimuat naik melalui GAMMA adalah menjadi hak milik Kerajaan Malaysia dan dipaparkan di bawah nama "Government of Malaysia".
GAMMA boleh di capai melalui portal http://gamma.malaysia.gov.my/ atau muat turun aplikasi GAMMA.my dari App Store, Play Store dan Huawei AppGallery
Perkhidmatan GAMMA disediakan untuk kegunaan agensi Kerajaan yang ingin menerbitkan aplikasi mudah alih dan dicapain oleh orang awam.
(i) Penjimatan kos
GAMMA menyediakan satu ‘akaun’ berpusat yang mana segala aplikasi dari pelbagai Agensi Pelaksana dimuatnaik melalui GAMMA menggunakan akaun rasmi Kerajaan Malaysia dan kos tersebut ditanggung oleh Agensi Peneraju. Agensi Pelaksana tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk langganan tersebut.
(ii) Sahih dan Dipercayai
Setiap App diterbitkan atas nama Kerajaan Malaysia. Oleh itu, kesahihan data dan fungsi aplikasi adalah terjamin untuk digunakan oleh Pengguna.
(iii) Khidmat Sokongan dan Meja Bantuan
Penyediaan khidmat sokongan dan meja bantuan secara dalam talian merangkumi bantuan teknikal, penyediaan pelaporan dan pelaksanaan program pengurusan perubahan bertujuan untuk peningkatan kualiti App. Khidmat bantuan tersebut boleh disalurkan melalui fungsi “Hubungi Kami” di portal rasmi GAMMA melalui https://gamma.malaysia.gov.my/contactus atau e-mel ke supports-gamma@mampu.gov.my.
Ya. MAMPU telah menerbitkan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU Bilangan 1 Tahun 2021 Garis Panduan Perkhidmatan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA). Surat arahan ini adalah bertujuan untuk menerangkan berkaitan peranan dan tanggunjawab agensi yang perlu dilaksanakan untuk membolehkan aplikasi mudah alih oleh dapat diterbitkan melalui GAMMA. Klik pada pautan di bawah untuk muat turun dokumen tersebut.
Agensi boleh membuat permohonan untuk muat naik
aplikasi mudah alih ke Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery melalui
GAMMA tanpa sebarang kos. Bagi tujuan muat naik aplikasi menggunakan
perkhidmatan GAMMA, agensi perlu rujuk link dan dokumen berikut untuk proses
permohonan:
Muat turun Borang dan Prosedur Muat Naik Aplikasi Mudah Alih:
1. Permohonan muat naik ke GAMMA secara online: - https://gamma.malaysia.gov.my/administrator/
2. Manual pengguna : - https://gamma.malaysia.gov.my/assets/docs/GAMMA_User_Manual_AdminAgency_V1_20210625.pdf
3. Prosedur Muat Naik Apps ke GAMMA ver 3.0 - https://gamma.malaysia.gov.my/assets/docs/Prosedur_Muat_Naik_Apps_ke_GAMMA_ver_3.0_151220.pdf
Tiada bayaran dikenakan kepada agensi. Perkhidmatan GAMMA ini merupakan kemudahan yang disediakan oleh MAMPU kepada semua agensi Kerajaan untuk memudahkan proses muat naik aplikasi mudah alih Kerajaan ke Gudang Pasaran (PlayStore, App Store dan Huawei AppGallery)
Tools App Generator telah ditamatkan perkhidmatan. Agensi boleh menggunakan sebarang jenis perisian / tools (flutter/ionic/react dll) untuk tujuan pembangunan aplikasi mudah alih.
MAMPU akan mengemukakan distribution certificate(p12 file) & distribution provisioning profile kepada agensi pemohon berdasarkan pada maklumat App yang dilengkapkan dalam borang permohonan yang diterima. Pastikan agensi tanda pada platform IOS dalam borang permohonan tersebut.
Agensi boleh membuat App signing APK dengan merujuk kepada link https://developer.android.com/studio/publish/app-signing#setup.
Apabila anda memuat naik APK, ia mesti memenuhi keperluan tahap API sasaran Google Play.
Bermula pada 31 Ogos 2023:
Apl baharu mesti menyasarkan Android 13 (API tahap 33) atau lebih tinggi; kecuali apl Wear OS, yang mesti menyasarkan versi antara Android 11 (API tahap 30) dan Android 13 (API tahap 33), termasuk.
Kemas kini apl mesti menyasarkan Android 13 atau lebih tinggi dan menyesuaikan untuk perubahan tingkah laku dalam Android 13; kecuali apl Wear OS, yang mesti menyasarkan Android 11.
Apl peribadi secara kekal—yang dihadkan kepada pengguna dalam organisasi tertentu dan bertujuan untuk pengedaran dalaman sahaja—tidak diperlukan untuk memenuhi keperluan tahap API sasaran.