AT-IPM CACAO

Lembaga Koko Malaysia


Keterangan

Sistem Aplikasi Mudah Alih AT-IPM (Action Threshold - Integrated Pest Management) CACAO, adalah untuk membantu membuat keputusan kawalan menggunakan racun serangga. Di dalam strategi Pengurusan Perosak Bersepadu, Integrated Pest Management (IPM), komponen pembuat keputusan dalam pengurusan serangga perosak adalah sangat penting. Selaras dengan era pertanian pintar, komponen pembuat keputusan dalam IPM untuk pengurusan perosak utama koko, iaitu Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK) telah dibangunkan. Aplikasi ini boleh dimanfaatkan oleh para petani di Malaysia termasuk Asia Tenggara untuk tujuan pengawalan UPBK yang berkesan dan menjimatkan kos input racun serangga sebanyak 50% serta kos buruh. Melalui aplikasi ini pengguna dapat membuat keputusan berasaskan pemantauan musim berbunga lebat atau taburan saiz buah koko yang kritikal terhadap serangan UPBK di kebun dengan penggunaan aplikasi mudah alih AT-IPM CACAO. Ringkasnya, AT-IPM CACAO adalah satu aplikasi sokongan interaktif yang telah dibangunkan untuk membantu para pengusaha tanaman koko membuat keputusan waktu yang tepat bagi aktiviti semburan racun serangga dan menjadualkan aktiviti semburan berdasarkan pemerhatian terhadap musim berbunga atau taburan saiz buah koko yang kritikal terhadap serangan serangga perosak koko, UPBK. Sesuai dengan pengurusan serangga perosak dengan pendekatan integrated pest management (IPM), aplikasi ini dapat membantu para pengusaha tanaman koko menggunakan racun serangga secara berhemah dan kos efektif dalam usaha mengawal serangan UPBK. Penggunaan aplikasi ini dijangka membantu dalam peningkatan hasil koko dan penjimatan kos kawalan UPBK.

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa