Mengenai Kami
GAMMA merupakan satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia) yang bertujuan menghubungkan orang awam melalui teknologi interaktif dan memastikan akses yang berterusan dengan agensi kerajaan melalui telefon pintar. Bersesuaian dengan Misi MAMPU iaitu "Memperkasakan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan Awam Melalui Pengurusan Organisasi dan ICT Yang Inovatif dan Strategik Ke Arah Negara Maju", MAMPU kini menerajui perkhidmatan kandungan digital kerajaan yang terbaik untuk orang awam.
GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh agensi sektor awam untuk menyokong penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Ringkasnya, ia merupakan pusat bagi platform Mobile Government (M-Goverment). Inisiatif GAMMA ini juga memberi peluang kepada orang awam untuk membuat carian dan memuat turun aplikasi mudah alih Kerajaan melalui sumber yang sahih dan boleh dipercayai.