InfoJKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Muat Turun

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia bertanggungjawab untuk membantu individu yang memerlukan keperluan khas dan bantuan termasuk orang-orang tua, orang kurang upaya, kanak-kanak, wanita, dan lain-lain. Pada masa yang sama, agensi ini juga membantu organisasi yang fokus membantu segmen yang sama.

Di Malaysia, terdapat beratus organisasi yang menghulur bantuan kepada mereka yang malang melalui rangkaian ribuan pusat jagaan di seluruh negara. Dengan pilihan pelbagai, pastinya sukar mencari yang sesuai.

Aplikasi ini telah dibangunkan untuk membantu mereka dan juga keluarga, untuk mencari organisasi atau pusat jagaan yang betul yang mendaftar dengan JKM. Kebanyakkan organisasi berdaftar mendapat sokongan dan bantuan JKM. Semoga aplikasi ini membantu mereka yang memerlukan dan pemakluman bahawa mereka tidak sendirian di dunia ini dan JKM sentiasa membuat inovasi dalam perkhidmatan.

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Aplikasi Serupa