MACC AR

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia


Keterangan

Salah satu strategi utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang rasuah terutamanya di kalangan murid sekolah. Bagi tujuan tersebut, SPRM mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi dan pendekatan terkini bagi menarik minat golongan muda dan meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran anti rasuah di kalangan mereka. "Augmented Reality" atau AR adalah teknologi terkini yang membolehkan kandungan seperti model 3D, animasi, video, imej dan lain-lain dipaparkan ke atas visual a lam sebenar melalui penggunaan peranti pintar seperti telefon mud ah alih, tablet atau kaca mata pintar. Teknologi ini adalah salah satu dari tunggak Revolusi lndustri 4.0 (IR 4.0) yang membolehkan kandungan disalurkan kepada pengguna dengan effektif di samping menarik minat pengguna melalui persembahan yang menarik dan interaktif. Aplikasi MACC AR ini membolehkan pengguna mengimbas logo rasmi SPRM dan sekiranya berjaya, model 3D Kapten MACC akan terpapar yang akan menyampaikan pelbagai kandungan berkenaan anti rasuah dengan cara interaktif dan menarik. Di antara kandungan dan aktiviti yang tersedia termasuklah karaoke dan menyanyi 2 lagu berkenaan anti rasuah, kuiz anti rasuah, maklumat berkenaan rasuah dan saluran bagi melaporkan rasuah. Penonton sasaran bagi aplikasi ini adalah individu dari umur 5 tahun ke alas terutamanya murid-murid sekolah rendah dan menengah.

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa