FAHAM FIQH AL-AQSA

Universiti Sultan Zainal Abidin


Keterangan

Faham Fiqh al-Aqsa (FAQ) adalah sebuah aplikasi telefon pintar mudah  alih yang bercirikan utilitarian dan mesra pengguna. FAQ dibangunkan bertujuan untuk   menyediakan rujukan mudah dan pantas berkaitan informasi utama mengenai Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis kepada masyarakat  Muslim. Selain itu, ia juga bertujuan  untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan dan kewajipan mempertahankan masjid ketiga utama dalam Islam, iaitu Masjid al-Aqsa dan lokasinya Baitul Maqdis yang merupakan kiblat pertama umat Islam. FAQ dibangunkan dengan  menggunakan tri-bahasa,  iaitu: bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Kewujudan aplikasi AFAQ dijangka dapat mengisi kelompangan medium informasi yang terkini dan tepat berkaitan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis yang perlu diketahui oleh setiap Muslim. 

Pembangunan FAQ 

Faham Fiqh al- Aqsa (FAQ) ini menggunakan model ADDIE. Model ADDIE adalah merupakan satu arahan yang sistematik dalam  reka bentuk model. ADDIE bermaksud A (Analysis- analisis), D (Design –  Reka bentuk), D (Development- Pembangunan), I  (Implementation- Pelaksanaan) dan E (Evaluation- Penilaian). Oleh itu, terdapat 5 fasa dalam pembinaan sesuatu model yang menggunakan ADDIE. Walau bagaimanapun, pembinaan FAQ ini hanya akan melalui 3 fasa, iaitu analisis, reka bentuk dan pembangunan sahaja. 


Kandungan FAQ

FAQ dibangunkan bercirikan mesra pengguna, dengan paparan antara muka yang  ringkas, terdiri  daripada butang INFO FAQ, butang pilihan bahasa dan butang MASUK.  Pengguna hanya perlu menekan butang MASUK, seterusnya boleh memilih butang-butang yang dikehendaki yang terdiri daripada Diskusi FAQ, Istimewa-Isyarat, Mercu Tanda, Permainan, Fakta FAQ dan saluran FAQ.  Pengguna akan terus ke video-video yang dibahagikan mengikut topik-topik utama yang dikehendaki. 


Keistimewaan FAQ

Keistimewaan FAQ adalah kerana pengguna tidak perlu memuat turun video-video yang ingin ditonton kerana ia dihubungkan terus ke pautan you tube bagi setiap topik.  Begitu juga dengan butang permainan dan butang-butang yang lain, pengguna juga akan terus  dihubung ke pautan yang berkenaan.   

 

Penghargaan 

Setinggi penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (RMIC) yang membiayai pembangunan Aplikasi Faham Fiqh al-Aqsa melalui Dana Penyelidikan Universiti (UNISZA/2017/DPU/27).


Description in English version

Introduction

Understand Fiqh al-Aqsa (FAQ) is a mobile smartphone application that is utilitarian and user friendly. The FAQ was developed to provide easy and quick reference to key information about al-Aqsa Mosque and Jerusalem to the Muslim community. Apart from that, it also aims to give awareness to the community on the importance and obligation to defend the third major mosque in Islam, namely Masjid al-Aqsa and its location Baitul Maqdis which is the first qibla of Muslims. FAQ developed by using a tri-lingual, namely: Malay, Arabic and English. The existence of the AFAQ application is expected to fill the gap of the latest and accurate information medium related to the Al-Aqsa Mosque and Jerusalem that every Muslim needs to know.


Development FAQ

Understand Fiqh al-Aqsa (FAQ) using the ADDIE model. The ADDIE model is a systematic instruction in model design. ADDIE means A (Analysis), D (Design), D (Development), I (Implementation) and E (Evaluation). Therefore, there are 5 phases in the construction of a model that uses ADDIE. However, the construction of this FAQ will only go through 3 phases, namely analysis, design and development only.


FAQ content

The FAQ was developed with user-friendly features, with a simple interface display, consisting of INFO FAQ buttons, language selection buttons and the ENTRY button. Users need to press the ENTER button, select the desired buttons consisting of FAQ Discussion, Special-Signals, Landmarks, Games, FAQ Facts and FAQ channels. Users will continue to the videos divided according to the desired main topics.


FAQ feature

The special feature of the FAQ is users not necessary to download videos they want to watch because it is directly linked to the youtube link for each topic. As well as the game buttons and other buttons, users will also be directly connected to the relevant link.


Appreciation

The highest appreciation goes to the Center for Research & Innovation Management (RMIC) which finances the development of Fiqh al-Aqsa Understanding Applications through the University Research Fund (UNISZA / 2017 / DPU / 27).

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa