myKafeTEEN

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara


Keterangan

Sebagai “One Stop Centre” bertujuan membantu dan membimbing remaja menjalani kehidupan  yang mencabar dengan penuh keyakinan serta melengkap diri mereka dengan pengetahuan kesihatan reproduktif dan sosial remaja, selain menyertai program kafeTEEN.

Aplikasi ini juga  memberi manfaat kepada golongan remaja bagi memudahkan mereka mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat dari pakar dengan mudah dan tepat serta boleh diakses bila-bila masa tanpa sempadan lokasi. Antara ciri-ciri aplikasi ni adalah:

Teen Chat – Dengan Pakar

Platform dimana remaja dapat berinteraksi secara langsung kepada pakar / doktor / kaunselor/ myFaith. Sebarang kemusykilan, sahabat Kafe@TEEN diberi peluang bertanyakan soalan berkaitan samada dalam topik kesihatan reproduktif, sosial, dan sebagainya

TeenBuzz

Perkongsian dan interaksi melalui forum berkaitan kesihatan reproduktif, masalah lain yang berkait rapat dengan remaja seperti masalah mental, berat badan, kulit, merokok dan masalah sosial serta bahan-bahan rujukan mengenai trending, gaya hidup, sukan, fashion dan sebagainya.

Aktiviti dan Penyertaan 

Membuka peluang kepada remaja seluruh negara untuk menyertai program-program anjuran Kafe@TEEN samada berbentuk ilmiah, fizikal atau sebagainya. Selain itu, pengguna aplikasi juga diberi peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi program-program kafeTEEN atau anjuran secara kerjasama.


Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa