ePayslip JANM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Keterangan

ePayslip JANM adalah merupakan Aplikasi Mudah Alih bagi Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL). Sistem ini digunakan oleh pengguna di kalangan Penjawat Awam Persekutuan bagi : 1. Memuat turun Penyata Gaji Bulanan 2. Memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan 3. Memuat turun Penyata Gaji Untuk Pinjaman 4. Mengemaskini Profil Pengguna (Emel dan No Telefon) 5. Memberi maklum balas Aplikasi 6. Menerima hebahan terkini JANM [Apa anda perlu tahu sebagai PENGGUNA BAHARU?] + Anda PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN + Anda BUKAN dari Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Agensi Berkanun dan Tentera. + Anda TELAH mempunyai No Gaji yang di terima dari Unit Gaji Agensi anda + Anda hendaklah MENDAFTAR dahulu sebelum mula login [Penyata Gaji Bulanan] Dokumen Penyata Gaji Bulanan di jana oleh sistem setiap bulan dan menjadi kewajipan pemiliknya untuk memuat turun dan menyimpannya. Sistem hanya menyimpan dokumen tersebut untuk tempoh 18 bulan terkini sahaja. [Penyata Pendapatan Tahunan] Dokumen Penyata Pendapatan Tahunan akan dijana setiap tahun dan disimpan di dalam sistem untuk tempoh 7 tahun tekini sahaja. Maklumat Penyata Pendapatan Tahunan telah dihubungkan secara terus kepada sistem eFiling LHDN. [Penyata Gaji Untuk Pinjaman] Dokumen Penyata Gaji Bulanan Khas Penjawat Awam Persekutuan yang mempunyai ciri keselamatan QR Code boleh dijana untuk tempoh 3 bulan terkini. Setiap dokumen mempunyai QR Code unik dan tempoh sah laku dokumen adalah selama 30 hari (kecuali sabtu dan ahad) sahaja. Semakan pengesahan kendiri atau Institusi Kewangan boleh dibuat dengan menyediakan maklumat No Kad Pengenalan, No Gaji dan No QR Code di URL berikut : https://payslipverification.anm.gov.my/. [Format Dokumen] Setiap dokumen yang di muat turun adalah dalam format PDF. Setiap pengguna hendaklah memastikan aplikasi PDF Viewer tersedia di telefon masing-masing. Kami sentiasa berusaha untuk menambahbaik sebarang kelemahan penggunaan aplikasi mudah alih kami, dan sangat menghargai maklum balas yang diberi. Sebarang masalah penggunaan aplikasi mudah alih ini boleh terus disalurkan ke emel bantuan kami di emel epayslip@anm.gov.my. Jika anda sukakan aplikasi kami, sila tambahkan manis dalam senyuman kami dengan memberi komen membina serta 5★ : )

User Rating

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa