Keterangan
MySales Tracker (MST) telah dibangunkan di bawah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membekalkan maklumat jualan murah kepada orang awam. Sekiranya fungsi GPS diaktifkan, premis (dalam jarak 20km) yang sedang mengadakan jualan murah akan dipaparkan pada peta dalam aplikasi mudah alih secara automatik.