MyToxinSign

Jabatan Pertanian


Keterangan

Sistem Maklumat Tanda Keracunan (TOXINSIGN) di bangunkan bertujuan untuk memberi maklumat tanda keracunan bagi perawis aktif pada produk racun makhluk perosak. Petani, usahawan tani, Agen Pengembangan Pertanian (APT) dan Agensi yang berkaitan boleh membuat rujukan melalui TOXINSIGN untuk mendapatkan maklumat tanda keracunan yang ditetapkan. Untuk makluman, maklumat tanda keracunan ini telah diharmonikan dan diseragamkan penyataaan melalui Jawatankuasa Task Force Tanda Keracunan dan Rawatan Kecemasan pada Label Racun Makhluk Perosak yang telah dibuat secara berperingkat. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Lembaga Racun Mahluk Perosak (LRMP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pusat Racun Negara (PRN) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP). Maklumat ini akan dikemaskini dari masa ke semasa berdasarkan keperluan. TOXINSIGN ini adalah diadaptasi daripada Garis Panduan Pelabelan Produk Racun Makhluk Perosak 2020 (Lampiran G). Dengan wujudnya sistem maklumat TOXINSIGN, ianya dapat memberi pilihan yang lebih baik pada kaedah capaian untuk mendapatkan maklumat tanda keracunan bagi setiap perawis aktif dengan cepat dan terkini. Ini dapat meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar.

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa