SISMARP

Jabatan Pertanian


Keterangan

Sistem Maklumat Racun Perosak (SISMARP) telah dibangunkan sejak 2001 bertujuan untuk memberi maklumat pengesyoran racun perosak berdaftar bagi sektor pertanian. Petani, usahawan tani serta Agen Pengembangan Pertanian (APT) boleh membuat rujukan melalui SISMARP untuk mendapatkan maklumat racun perosak berdaftar yang disyorkan untuk tanaman atau kawalan perosak yang tertentu. Aplikasi SISMARP ini adalah diadaptasi dari versi laman web memberi pilihan kaedah capaian yang banyak mengikut kesesuaian pengguna. Versi aplikasi ini boleh digunakan secara offline atau online. Maklumat SISMARP dikemaskini setiap bulan berdasarkan pewartaan senarai racun makhluk perosak berdaftar. Aplikasi ini diharapkan dapat membantu petani mendapat maklumat dan membuat pilihan racun makhluk perosak yang sesuai untuk digunakan. Ia juga bagi memastikan bahawa racun makhluk perosak yang digunakan adalah berkesan dan selamat sebagaimana maksud ianya perlu digunakan. Ini akan membantu ke arah mengurangkan masalah sisa baki racun perosak yang dibenarkan pada hasil tanaman dan masalah pencemaran alam sekitar. Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma! Hakcipta Terpelihara 2022 © JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

Penilaian Pengguna

5/ 5

1
  • 1
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

MOHAMMAD ZIKRI

01 Sep 2022 08:47 am


Aplikasi Serupa