MyGeotapak

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli


Keterangan

Aplikasi rasmi ini adalah dari Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG).

 Projek pembangunan aplikasi mudah alih MyGeotapak ini adalah inisiatif daripada pihak JMG bagi mendidik orang ramai serta memudahkan bagi mendapat akses kepada semua maklumat  geotapak dan geopark di seluruh negara.

 MyGeotapak menyediakan maklumat tepat berkenaan geotapak dan geopark negara yang mana ianya telah dijalankan kajian serta disahkan oleh pasukan JMG dan berguna dalam bidang pendidikan sebagai rujukan.  

Geotapak dari segi definisinya merupakan pencirian warisan geologi yang telah dijalankan di tapak-tapak terpilih untuk diberi penarafan sebagai tapak geologi kebangsaan. Kepentingan kajian pencirian warisan geologi yang dijalankan adalah bagi memastikan khazanah alam semulajadi yang sangat berharga dapat dipelihara bagi tatapan generasi akan datang. Hasil dari kajian ini dapat mewujudkan tapak terpelihara, monumen geologi dan landskap berpemandangan indah untuk diperkenalkan kepada orang awam.Sebagai salah satu usaha untuk memudahkan orang awam mendapat akses kepada semua maklumat geotapak di seluruh negara, maka perlunya diwujudkan satu platform mudah alih yang berupaya untuk memapar dan mencari maklumat geotapak di dalam setiap peranti mudah alih yang ada kini.

Penilaian Pengguna

0/ 5

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Ulasan Laman

Aplikasi Serupa