International Classification of Diseases (ICD)
dibangunkan oleh WHO sebagai standard informatik antarabangsa yang digunakan
untuk membandingkan kadar mortaliti di kalangan Negara Ahli bagi tujuan
perancangan pelan kesihatan. Pada masa
kini, Kementerian Kesihatan Malaysia menggunaka ICD 10 Versi 2010 bagi membantu
proses analisa data. Ketepatan pengkodan
ICD bergantung kepada beberapa variable termasuklah lengkap atau tidak sesuatu
diagnosis yang ditulis oleh pegawai perubatan dalam Borang Daftar Masuk dan
Keluar Hospital PER PD 301. Manual for
Documenting Diagnosis in PER-PD 301 adalah garispanduan yang dihasilkan bagi
membantu meningkatkan kualiti dokumen diagnosis. Manual ini digunakan sejak tahun 2012 bagi
tujuan pelatihan. Ia mengandungi contoh-contoh
diagnosis morbidity dan mortality bagi pesakit dalam mengikut kriteria yang
ditetapkan ICD 10.
Mohd Shahrul
30 Apr 2022 05:36 pm
Mohd Shahrul
30 Apr 2022 05:35 pm