elatihan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Muat Turun

Sistem Pengurusan Latihan (eLatihan) ialah sistem yang menguruskan permohonan latihan dan pelaporan log latihan staf KPDNHEP. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan latihan yang dianjurkan secara dalaman oleh Bahagian yang menganjur latihan di KPDNHEP.

Bahagian yang berperanan sebagai Penganjur Latihan ini ialah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Maklumat, Bahagian Khidmat Kewangan dan Pengurusan, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Integriti dan Bahagian Akaun.

Sistem ini juga akan membantu pengurusan dan penjanaan laporan log  latihan staf KPDNHEP. Versi ini membenarkan pegawai KPDNHEP untuk menyemak status permohonan latihan dan status terkini latihan yang dihadiri bagi tahun semasa. Untuk masa hadapan, penambahbaikan fungsi akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0

Aplikasi Serupa