JOM PANTAU

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

Muat Turun

Keterangan versi Bahasa Melayu

Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan agenda nasional dan arahan kepimpinan tertinggi bagi membantu memastikan prestasi pembangunan negara di tahap terbaik. Objektif pembangunan Aplikasi Mobile Jom Pantau adalah untuk:

  1. Membolehkan orang awam memberi maklum balas mengenai pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui mobile devices
  1. Membantu pihak ICU JPM mengenal pasti projek yang menghadapi masalah dengan lebih melalui kaedah crowd sourcing aplikasi mobile
  1. Membolehkan pihak pengurusan membuat pemantauan terhadap status maklum balas dan tindakan yang telah dilaksanakan dengan mudah dan cepat

 

Jom Pantau menggabungkan empat (4) modul iaitu Modul Pendaftaran, Modul Maklum Balas Baru, Modul Status Maklum Balas dan Modul Profil Pengguna. Penerangan dan fungsi modul-modul tersebut adalah seperti berikut:

i.  Modul Pendaftaran

  1. Untuk mendaftar maklumat pengguna/pengadu/orang awam yang akan memberi maklum balas mengenai projek-projek fizikal Kerajaan yang bermasalah yang ditemui.
  2. Pendaftaran pengguna yang sama hanya lah sekali sahaja dan maklumat yang perlu dimasukkan adalah nama pengguna, emel pengguna dan no telefon pengguna.
  3. Pengguna akan menggunakan maklumat pendaftaran untuk log masuk kedalam Jom Pantau dengan memasukkan maklumat emel dan no telefon untuk pengesahan sebelum melaporkan permasalahan.
  4. Pendaftaran pengguna penting untuk membolehkan pegawai pemantau agensi mendapat maklumat lanjut tentang sesuatu maklum balas yang dikemukakan (sekiranya diperlukan) dengan pengadu  dan juga bagi memastikan kesahihan maklum balas yang diberikan.

ii.  Modul Maklum Balas Baru

  1. Untuk merekod maklum balas atau aduan  tentang projek fizikal yang bermasalah yang ditemui.
  2. Maklum balas baru boleh dikemukakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
  3. Bagi setiap kali maklum balas dikemukakan, maklumat yang perlu diisi ialah negeri, daerah, nama projek, lokasi, catatan maklum balas dan dua (2) keping gambar yang diambil untuk dijadikan sebagai maklumat kepada maklum balas yang hendak diberikan.
  4. Lokasi projek (koordinat) secara automatik  akan diambil terus di tempat kedudukan pelapor.
  5. Setelah maklumbalas dilaksanakan, aplikasi mobile ini akan menjanakan satu nombor laporan bagi setiap maklum balas dilaksanakan.

 iii.  Modul Senarai Maklum Balas

  1. Untuk membolehkan pengguna/pengadu/orang awam melihat kembali sejarah maklum balas projek fizikal Kerajaan yang telah dikemukakan oleh pengguna.
  2. Butiran maklumat yang dipaparkan ialah lokasi koordinat projek, negeri, daerah, nama projek, lokasi, catatan maklum balas dan dua (2) keping gambar yang telah diambil semasa pelaporan dibuat.

iv.  Modul Profile Pengguna

  • Untuk memaparkan maklumat butiran pengguna.
  • Mengemaskini maklumat no telefon sekiranya berlaku pertukaran no telefon.

Description in English version

This initiative was created in line with the national agenda and the direction of the highest leadership to help ensure the country's development performance at the best level. The objectives of the development of the Let's Monitor Mobile Application are to:

To enable the public to provide feedback on the implementation of physical development projects implemented by the Government through mobile devices.

Helping JPM ICU identified projects that face problems through the 'crowd sourcing method of mobile applications'. Enables management to monitor the status of feedback and actions that have been implemented easily and quickly.

'Jom Pantau' combines four (4) modules, namely Registration Module, New Feedback Module, Feedback Status Module and User Profile Module. The descriptions and functions of these modules are as follows:

i. Registration Module

To register information of users / complainants / members of the public who will provide feedback on Government physical projects that are problematic found.

The same user registration is only once and the information that needs to be entered is the user's username, email and phone number.

Users will use the registration information to log into Jom Pantau by entering the email information and phone number for confirmation before reporting the problem.

User registration is important to enable agency monitoring officers to obtain more information on a feedback submitted (if required) with the complainant and also to ensure the validity of the feedback provided.

ii. New Feedback Module

To record feedback or complaints about problematic physical projects found.

New feedback can be submitted anytime and anywhere

For each feedback submitted, the information that needs to be filled is the state, district, project name, location, feedback notes and two (2) pictures taken to be used as information to the feedback to be given.

The project location (coordinates) will automatically be taken directly to the reporter's position.

Once the feedback is implemented, this mobile application will generate a report number for each feedback implemented.

iii. Feedback List Module

To enable users / complainants / the public to review the Government's physical project feedback history that has been submitted by consumers.

The details of the information displayed are the project coordinate location, state, district, project name, location, feedback notes and two (2) pictures that were taken during the reporting.

iv. User Profile Module

  • User details.
  • Update phone number if phone number has been changed.
8
  • 8
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • Abdullah

    18 Mar 2017 02:27:29 AM

  • Asmahali Azhar

    15 Feb 2017 03:50:18 PM

  • E

    15 Feb 2017 11:01:35 AM

    Satu inistiatif yang baik

  • Asfarizan Arshad

    14 Feb 2017 04:21:31 AM

  • Abdullah

    14 Feb 2017 03:53:07 AM

  • Nik Sharifah

    14 Feb 2017 03:50:38 AM

  • Mariyam Mohamad

    14 Feb 2017 03:49:47 AM

  • Nazaruddin

    14 Feb 2017 03:43:38 AM

Aplikasi Serupa