AppSejahtera

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Muat Turun

AppSejahtera merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang di inovasikan dari versi web (http://isejahtera.penang.gov.my) sebagai satu kemudahan saluran perkhidmatan kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan untuk rakyat khususnya pengguna negeri Pulau Pinang.

AppSejahtera menyediakan kemudahan untuk membuat semakan status pendaftaran mana-mana program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (KNPP) seperti Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal, Bantuan OKU diberikan bayaran RM100 setahun, manakala Program Sumbangan Pelajar Emas bayaran RM100 untuk setiap kali kemasukan anak ke darjah dan tingkatan 1 dan 4. Bagi Program Sumbangan Anak Emas bayaran RM200 sekali bayaran (one off) bagi setiap kelahiran anak dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kelahiran.

Pengguna boleh menyemak bayaran pada tahun semasa, melihat statistik penerima terkini semua program kebajikan KNPP, mendapatkan maklumat info perhubungan dan komunikasi serta lokasi DUN untuk mendaftar program, kemudahan melihat jadual bayaran semua program pada setiap tahun dan tahun semasa dengan lengkap dalam bentuk kalendar.

Selain itu, AppSejahtera menyediakan kemudahan khas mendaftar Anak Emas secara mobile yang lebih mudah dan cepat untuk mendaftar anak yang baru lahir bagi mendapatkan sumbangan bayaran RM200 one off.

Selain itu, syarat-syarat permohonan dan info Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ada dinyatakan dalam aplikasi ini bagi memudahkan rujukan dan persediaan dokumen pemohon. Aplikasi mudah alih ini juga dilengkapi dengan manual pengguna sebagai panduan kepada pengguna menggunakan aplikasi.

Kemudahan ini boleh merentasi negeri dan agensi di mana pengguna yang berada di negeri lain yang mempunyai keluarga di Pulau Pinang boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat semakan dan pendaftaran untuk keluarga.

AppSejahtera ini juga boleh diperluaskan ke negeri-negeri lain di Malaysia yang menyediakan kemudahan penghargaan dan sumbangan pembayaran kepada rakyat.

1
  • 1
  • 0
  • 0
  • 0
  • 0
  • Amir Zuwari Azizan

    25 Mar 2016 02:57:29 AM

    Terbaik!!..usaha yg baik utk memudahkan org ramai terutamanya rakyat P.Pinang..keep it up

Aplikasi Serupa