Jumlah Pelawat : 247,552
Jumlah Muat Turun : 20,552,880
Jumlah Aplikasi : 215
Jumlah Agensi : 108
Aplikasi Baharu 2021 : 1
Ez ADU adalah satu aplikasi peranti pintar mudah alih yang dibangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Pengguna boleh membuat pengaduan dengan 4 langkah yang mudah iaitu dengan memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging dan menyertakan gambar sebagai bukti.
Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut.
Adalah Diharapkan agar dengan aplikasi ini, pengguna lebih aktif dalam membantu KPDNKK mengawasi perdagangan domestik di negara ini.
Aplikasi ini memerlukan Android 3.0 ke atas. Untuk penggunaan terbaik, sila gunakan Android 4.0 ke atas dan peralatan dual-core ke atas.