TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


1. MATLAMAT PERTANDINGAN
  • Mempromosikan inisiatif MAMPU dalam pembangunan aplikasi mudah alih.
  • Menggalakkan penglibatan agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan perisian AppGen atau lain-lain perisian sumber terbuka.
  • Menjana pemikiran kreatif dan berinovasi dalam perkhidmatan awam.
  • Memperbanyakkan aplikasi mudah alih yang memberi impak tinggi kepada rakyat.
2. MASA PERTANDINGAN
  • Tempoh Pertandingan: 24 jam
  • Tarikh Mula dan Masa: XX 2018 (Jumaat), 10:00 pagi
  • Tarikh Tamat dan Masa: : XX 2018 (Sabtu), 3:00 petang
3. LOKASI PERTANDINGAN
  • Dewan XXXX
4. TERMA DAN SYARAT

A) PASUKAN BERTANDING

  • Terbuka kepada semua penjawat awam Malaysia;
  • Penyertaan secara berkumpulan ( 2 hingga 4 orang setiap kumpulan).
  • Peserta/kumpulan yang telah menyertai Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2018 tidak dibenarkan menyertai Hackathon Data Terbuka 2018 yang akan diadakan pada masa yang sama.
  • Pasukan yang kekurangan ahli semasa pertandingan berlangsung boleh meneruskan penyertaan atau menarik diri daripada pertandingan.
B) PENDAFTARAN PENYERTAAN
  • Pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu menghantar borang penyertaan secara dalam talian sebelum/pada pukul 5:00 petang, XX 2018 (Sabtu). Pautan borang penyertaan: Klik disini
  • Pasukan yang layak bertanding akan diumumkan melalui e-mel selepas XX 2018 (Sabtu).
  • Pemilihan pasukan dilakukan oleh pihak urus setia pertandingan; dan
  • Pasukan yang disenarai pendek adalah berdasarkan kepada cadangan aplikasi mudah alih yang akan dibangunkan.
C) AKTIVITI PERTANDINGAN
  • Membangunkan aplikasi mudah alih menggunakan perisian AppGen yang boleh diakses melalui URL: Portal AppGen atau lain-lain perisian sumber terbuka.
  • Aplikasi mudah alih dibangunkan dalam tempoh masa 24 jam, penyerahan yang dibuat selepas daripada itu tidak akan dinilai oleh panel juri.
  • Aplikasi mudah alih yang dibangunkan adalah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property).
  • Aplikasi mudah alih yang dibangunkan MESTILAH berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
  • Produk yang memenuhi kriteria, berpotensi dan mempunyai impak kepada masyarakat umum akan dimuatnaik ke portal GAMMA dan didedahkan kepada orang awam.
  • Kumpulan wajib menghadiri sesi taklimat pertandingan yang akan diadakan semasa majlis pembukaan pertandingan di Dewan XXX.
  • Kumpulan dikehendaki menggunakan perkakasan dan perisian ICT sendiri.
  • Kemudahan tempat, internet dan makan minum semasa pertandingan disediakan oleh penganjur. Penganjur tidak menyediakan tempat penginapan dan kemudahan pengangkutan peserta.
  • Kumpulan hendaklah memastikan tahap kesihatan ahli kumpulan berada pada tahap yang memuaskan sepanjang tempoh program.
  • Kumpulan hendaklah hadir untuk sesi pembentangan projek kepada Panel Penilai. Tempoh pembentangan adalah selama 10 minit.
D) PENILAIAN
    Setiap aplikasi mudah alih yang dibangunkan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
E) HADIAH/CENDERAHATI PERTANDINGAN
  • Pertama: RM5,000.00
  • Kedua: RM3,000.00
  • Ketiga: RM2,000.00
  • Keempat: RM1,000.00
  • Ke-5 hingga Ke-10: RM600
  • Sijil penyertaan (akan diberikan kepada setiap peserta)
F) PERUBAHAN
    Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah terma dan syarat pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan semua peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
G) LIABILITI
    Penganjur pertandingan tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut:
  • Sebarang masalah, kehilangan atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan atau kegagalan dalam menerima dan menghantar Borang Penyertaan.
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada kesihatan fizikal dan mental daripada mana-mana peserta.
  • Sebarang masalah, kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk kepada mana-mana peserta dan barang-barang mereka kerana mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
  • Sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan pemenang), gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian Internet, kecurian, kemusnahan, atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, kegagalan fungsi perkasasan atau perisian yang timbul semasa pertandingan.
  • Sebarang insiden, masalah kesihatan, masalah keracunan makanan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami semasa menyertai program.
  • Peserta bertanggungjawab terhadap:
  • Apa-apa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur kepada mereka bagi tujuan pertandingan ini.
  • Memastikan kebersihan kawasan persekitaran yang digunakan semasa sesi taklimat dan pembentangan.
H) KEHILANGAN KELAYAKAN
    Penganjur pertandingan (MAMPU) berhak untuk membatalkan penyertaan pasukan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan.
I) PERTANYAAN

Urus Setia Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2018